Cari @ Amanz

Di Malaysia telefon pintar mendominasi pasaran kerana harga jualannya yang kini amat mampu milik. Tetapi di negara dunia ketiga dengan ekonomi yang sedikit mundur, telefon pintar selular biasa masih mempunyai tempat di pasaran. Oleh itu Nokia 220 4G dan Nokia 105 telah dilancarkan kedua-duanya dengan ketahanan bateri hampir sebulan

Nokia 220 4G hadir dengan skrin 2.4″ QQVGA, memori sebesar 16MB RAM, storan sebesar 24 MB, kamera VGA dan bateri sebesar 1200 mAh. Ini membolehkan peranti digunakan sehingga 27 hari dengan sekali caj atau melakukan panggilan selular selama enam jam berterusan. Dua SIM boleh digunakan dengan sokongan rangkaian 4G. Terdapat juga bicu audio dan radio terbina. Keseluruhan tubuh peranti dengan sistem operasi Feature OS ini diperbuat daripada bahan polikarbonat.

Nokia 105 generasi ke-empat pula hadir dengan skrin 1.77″ QQVGA, memori sebesar 4MB RAM, storan sebesar 4MB, dan bateri sebesar 800 mAh. Ini membolehkan peranti digunakan sehingga 26 hari dengan sekali caj atau melakukan panggilan selular selama 14 jam berterusan. Hanya satu SIM bersaiz mini disokong bersama dengan rangkaian 3G sahaja. Seperti Nokia 220 4G, peranti dilengkapi bicu audio dan radio terbina. Sistem operasi yang digunakan pula ialah Nokia Series 30+.

Harga jualan kedua-dua peranti masih belum diumumkan buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd