Cari @ Amanz

RED Mengesahkan “Hydrogen Two” Sedang Dalam Proses Pembangunan

Link Copied!

RED pada sebelum ini telah hadir dengan Hydrogen One iaitu telefon pintar yang memfokuskan kepada keupayaan rakaman dan pengimejan 3D. Namun peranti tersebut menerima kritikan yang hebat, atas fungsinya yang kurang memuaskan dan dijual pada harga yang tinggi. Untuk itu, RED telah mengesahkan pembangunan model pengganti untuk peranti ini menerusi RED Hydrogen Two.

RED Hydrogen Two dibangunkan hampir dari mula akibat pertukaran original design manufacturer (ODM) yang baru. ODM dari China sebelum ini telah membuatkan Hydrogen One kurang memberi kualiti yang baik, selain membuatkan isu pada telefon tersebut tidak dapat diselesaikan.

RED Hydrogen

Melalui kerjasama dengan ODM yang baru, Hydrogen Two akan dapat direka dengan lebih baik, disamping dapat memberi sokongan (seperti perisian dan kemaskini) berdasarkan permintaan pengguna. Ia juga akhirnya akan menyokong modul kamera baru, dengan penawaran kualiti rakaman seumpama filem pada harga yang lebih rendah (berbanding kamera utama RED).

Walau bagaimanapun, RED tidak mengumumkan sebarang maklumat mengenai tarikh dan harga penjualan untuk peranti ini. RED nampaknya masih tidak berputus asa dalam arena telefon mudah-alih, yang mana ingin menebus kesilapan mereka menerusi pengeluaran RED Hydrogen Two ini.


Komen ()