Zhiyun Crane M2 Dilancarkan – Gimbal Profesional Kompak Berharga Sekitar RM1108

Zhiyun Crane M2 Dilancarkan – Gimbal Profesional Kompak Berharga Sekitar RM1108

Diterbitkan pada July 24, 2019 oleh .

Zhiyun adalah syarikat yang terkenal dengan produk-produk gimbal mudah alih. Syarikat ini boleh dikatakan adalah pesaing kepada DJI, kerana produk-produk Zhiyun dijual pada harga yang sangat kompetetif. Terkini, Zhiyun telah hadir dengan produk baharu, iaitu Zhiyun Crane M2.

Jika anda mengenali Zhiyun Crane, ia adalah variasi gimbal mudah alih untuk penggunaan profesional. Melalui model M2 ini, ia adalah variasi yang lebih murah dan juga lebih kompak. Melalui Zhiyun Crane M2, ia tidak lagi terhad untuk kamera tetapi kini turut boleh digunakan untuk telefon pintar atau kamera aksi (aksesori tambahan diperlukan).

Gimbal mudah alih ini turut mempunyai skrin OLED untuk memudahkan pengguna menetapkan mod-mod rakaman yang sesuai. Contoh mod-mod rakaman adalah PF, L, F, POV, Vortex dan juga Go. Skrin OLED ini turut akan memaparkan status sambungan dan juga status bateri. Zhiyun Crane M2 mempunyai bateri terbina yang mampu bertahan selama 7 Jam dan ia turut boleh dicaj dengan power bank.

Seperti mana-mana gimbal mudah alih, Zhiyun Crane M2 turut boleh dikawal menggunakan aplikasi yang sedia di muat turun di Google Play Store. Produk ini buat masa ini perlu di pra-tempah. Jika harga Crane 2 sebelum ini dijual pada harga melebihi RM2000, Crane M2 adalah separuh daripada itu. Harga pra-tempah adalah USD269 (~RM1108).



TIPS & ULASAN