Cari @ Amanz

Google sedia menawarkan beberapa aplikasi mereka dalam bentuk versi ringan yang dioptiomasikan untuk peranti berspesifikasi rendah. Ia sering dilabelkan sebagai “Go”, dan hari ini menambah dibawah koleksi berkenaan adalah Gallery Go.

Gallery Go dilihat ditawarkan sebagai salah satu alternatif untuk Google Photos untuk peranti berspesifikasi rendah. Ia hadir dengan saiz sekitar hanya 10MB, dan menawarkan kemudahan untuk membuat suntingan gambar, serta beroperasi secara luar-talian.

Bagi anda yang menggunakan peranti berspesifikasi rendah, atau inginkan sesuatu aplikasi baru sebagai ganti aplikasi galeri, mungkin boleh mencuba Gallery Go ini hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd