Samsung Galaxy Fold Akan Dilancarkan Pada Bulan September 2019 Ini

Samsung Galaxy Fold Akan Dilancarkan Pada Bulan September 2019 Ini

Diterbitkan pada July 25, 2019 oleh .

Samsung hari ini telah mengumumkan yang mana mereka telah pun mengatasi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi skrin Galaxy Fold sebelum ini, dan akan mula menjualnya pada bulan September 2019 kelak.

Samsung Galaxy Fold

Pelancaran ini dinantikan sekian lama oleh ramai peminat telefon seluruh dunia. Hal ini kerana ia adalah telefon boleh-lipat pertama yang ditawarkan secara komersil. Ia sebelum ini telah dijadualkan pengenalan pada bulan Mei lepas di Malaysia, walaubagaimanapun ia terpaksa ditangguhkan kerana masalah berkaitan skrin peranti berkenaan.

Sebelum ini, skrin pada telefon pintar berkenaan dilihat menghadapi sedikit kerosakkan – terutamanya apabila para pengguna (dan pengulas peranti) membuka pelindung yang hadir pada skrin berkenaan. Apabila ia dibuka, skrin telefon boleh-lipat berkenaan menjadi rosak dan tidak boleh digunakan.

Perkara ini sekaligus membuatkan Samsung terpaksa menangguhkan dan membuat perubahan sedikit pada rekaannya sebelum menjualnya kembali.

Kini, dengan tarikh penjualan yang disasarkan bulan September ini, sama-sama kita nantikan tarikh jualan rasminya di Malaysia, dan berapakah tanda harga yang akan dibawa olehnya kelak.



TIPS & ULASAN