Huawei Malaysia kini telah mula mengacah karnival Huawei yang akan diadakan pada 27 Julai sehingga 4 Ogos 2019 kelak. Huawei menjanjikan ganjaran berjumlah sehingga RM1 juta melalui karnival berkenaan.
Karnival ini turut diadakan selari dengan pengenalan telefon pintar Huawei Y9 Prime yang membawakan kamera pop-naik pada harga RM899.
Sekiranya mengikut apa yang diadakan pada tahun 2018 lepas, melalui karnival Huawei, mereka sering menawarkan ganjaran untuk pembelian produk-produk Huawei, selain pada masa yang sama menawarkan kebolehan untuk pengguna menyertai cabutan bertuah yang menawarkan sejumlah ganjaran menarik.
Buat masa ini, pihak Huawei Malaysia belum berkongsi penuh hadiah yang akan ditawarkan. Mungkin kita akan mendengar mengenainya dalam masa sehari dua ini.