Google Sound Amplifier Membantu Golongan Kurang Pendengaran Mendengar Bunyi Sekeliling Dengan Lebih Jelas

Google Sound Amplifier Membantu Golongan Kurang Pendengaran Mendengar Bunyi Sekeliling Dengan Lebih Jelas

Diterbitkan pada July 25, 2019 oleh .

Bagi pengguna yang mempunyai masalah kurang pendengaran, anda mungkin memerlukan alat tambahan untuk menambah baik kualiti pendengaran. Namun dengan adannya telefon pintar, golongan ini tidak lagi perlu memerlukan sebarang peralatan tambahan – dengan hanya bergantung kepada perkhidmatan baru daripada Google ini.

Google telah hadir dengan Sound Amplifier iaitu aplikasi yang dapat mendengar bunyi sekeliling dengan lebih jelas. Aplikasi ini telah sedia hadir pada Februari, namun kini telah dikemaskini dengan tampilan antaramuka – berbanding ditawarkan dalam bentuk perkhidmatan belakang tabir sebelum ini.

Melalui Sound Amplifier, pengguna boleh melaraskan bunyi hingar (noise), selain dapat meningkatkan bunyi suara sekeliling dengan lebih jelas. Pengguna juga dapat memilih sumber mikrofon daripada pelbagai saluran berbeza, seperti daripada telefon atau aksesori audio.

Jadi bagi pengguna yang ingin mencuba aplikasi ini, anda boleh memuat-turun Sound Amplifier melalui halaman Google Play Store. Selepas proses memuat-turun, anda boleh mengaktifkannya melalui halaman Settings > Accessibility > Sound Amplifier.


TIPS & ULASAN