Awal hari ini telah kami laporkan yang pengguna aktif di Facebook kini mencapai 1.59 Bilion secara harian. Jumlah pengguna aktif ini tidak dinafikan agak ramai, ini kerana Facebook mempunyai banyak produk atau perkhidmatan yang membenarkan pengguna log masuk ke sesuatu aplikasi/laman web menggunakan Facebook.
Terkini, aplikasi Facebook Messenger Lite dilihat telah mencapai lebih 500 Juta muat turun di Play Store. Ini secara tidak langsung memberitahu kita yang aplikasi ini adalah satu aplikasi yang berjaya. Sasaran Facebook dengan Messenger Lite adalah untuk pengguna yang menggunakan peranti kelas asas. Ini kerana aplikasi ini mempunyai saiz pemasangan yang kecik dan banyak ciri dan fungsi yang telah dibuang.
Jika anda tidak menggunakan Facebook Messenger biasa secara kerap, versi ‘Lite‘ adalah pilihan bijak. Bukan itu sahaja, dengan menggunakan aplikasi ini data Internet juga adalah lebih menjimatkan. Adakah anda salah satu pengguna Facebook Messenger Lite? Jika tidak muat turun melalui pautan di bawah.