Cari @ Amanz

Google Home, Google Home Mini, Google Nest Hub adalah antara senarai produk peranti berhubung untuk rumah pintar daripada Google. Ia dikuasakan dengan Google Assistant, yang mana amat membantu pengguna melakukan tugas harian. Terkini, Google tidak lagi akan berkata-kata selepas diberi arahan untuk mengawal produk peranti berhubung – tetapi hanya akan memberi bunyi dering.

Kebiasaannya, Google Assistant akan membalas “Ok, turning off 2 lights” selepas diberi arahan “Ok Google, turn off the bedroom lights”. Ramai melaporkan yang kata-kata Google ini menjengkelkan, lebih-lebih lagi ketika ingin tidur. Jadi, Google telah mengemaskini Google Assistant agar ia tidak lagi berkata-kata.

Semestinya perkara ini bukan sahaja untuk arahan mematikan lampu, tetapi juga produk-produk lain yang boleh diselarikan dengan Google Assistant.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd