Aplikasi Galeri OnePlus Dikemaskini Dengan Fungsi Menyorok Gambar Tanpa Sekuriti

Aplikasi Galeri OnePlus Dikemaskini Dengan Fungsi Menyorok Gambar Tanpa Sekuriti

Diterbitkan pada July 25, 2019 oleh .

OnePlus adalah jenama yang kini dikenal ramai. Dahulunya ia hanya dikenali oleh peminat gajet, tetapi kini sudah ramai yang tahu siapakah OnePlus. Walaupun sistem operasi OnePlus, OxygenOS mirip dengan Adndroid asli – masih banyak lagi aplikasi OnePlus tersendiri yang terpasang. Tetapi aplikasi-aplikasi ini adalah yang berguna dan bukannya seperti aplikasi gendut (bloatware).

Salah satu aplikasi tersendiri OnePlus adalah OnePlus Gallery. Ia adalah aplikasi ini adalah galeri untuk gambar-gambar yang terdapat dalam peranti dan boleh diakses secara luar talian. Terkini ia telah dikemaskini kepada versi 3.4.4 dengan pengenalan terhadap fungsi ‘Hidden‘. Fungsi ini membenarkan pengguna untuk sorokkan imej daripada terpapar di halaman utama galeri.

Apa yang pelik adalah, walaupun ia boleh disorokkan – tetapi ia tidak hadir dengan sebarang fungsi sekuriti. Pengguna lain boleh mengakses imej yang disorok ini dengan mudah. Gambar yang disorok ini hanya ibarat diasingkan dalam satu album baharu sahaja. Tidak pasti kenapa OnePlus buat begini, tetapi dengan fungsi App Locker yang terbina – pengguna boleh sahaja kunci aplikasi galeri agar ia sukar diakses oleh orang lain.

Muat Turun OnePlus Gallery 3.4.4 Di Sini


TIPS & ULASAN