Cari @ Amanz

RedmiBook Versi Intel Core i3 Dilancarkan – Berharga Sekitar RM1800

Link Copied!

Pada bulan Mei lepas Redmi telah melancarkan RedmiBook 14, iaitu komputer riba jenis ultrabook yang lebih murah daripada Xiaomi. Pada pelancaran mereka hanya memperkenalkan dua variasi, iaitu Intel Core i5 dan i7 sahaja – yang mana dijual pada harga RMB3,999 dan RMB4,999. Iaitu sekitar RM2400-RM3000 sahaja.

Terkini, Redmi telah melancarkan RedmiBook 14 yang dikuasakan dengan Intel Core i3 pula. Model ini menggunakan cip Intel generasi kelapan dan dipadankan dengan memori 4GB RAM dan storan dalaman 256GB SSD. Lain-lain adalah sama sahaja dengan model sebelumnya, seperti skrin 14-inci bezel nipis, berat sekitar 1.5KG, mempunyai banyak port, bateri sehingga 10 jam dan juga pembesar suara dengan pengoptimasian DTS.

Apa yang menarik dengan RedmiBook 14 Intel Core i3 ini adalah, ia dijual pada harga RMB2,999 (~RM1796) untuk promosi dan RMB3,199 (~RM1916) harga pasaran. Harga sebegini dengan spesifikasi yang ditawarkan boleh dikatakan murah dan berbaloi. Sayang sekali, ia tidak dijual di Malaysia.


Komen ()