Facebook Dan Instagram Mula Menghalang Paparan Produk Alkohol, Tembakau Dan Vape Kepada Pengguna Bawah Umur
Artikel Berkaitan

Facebook Dan Instagram Mula Menghalang Paparan Produk Alkohol, Tembakau Dan Vape Kepada Pengguna Bawah Umur

Diterbitkan pada July 25, 2019 oleh .

Pengiklanan produk tembakau tidak lagi dibenarkan oleh kerajaan manakala pengiklanan produk alkohol pula dihadkan ke platform tertentu sahaja. Oleh sebab itu pengiklanan di atas talian menggunakan pemangkin media sosial menjadi pilihan pengeluar. Menurut laporan CNN, Facebook dan Instagram walau bagaimanapun telah mengubah polisi kandungan mereka hari ini yang menghalang paparan dua produk ini (termasuk rokok elektronik) pada pengguna berusia bawah 18 tahun.

Perubahan polisi ini dilakukan selepas terdapat kajian mendapati penggunaan vape di kalang individu bawah umur adalah agak tinggi. Pengaruh media sosial dikatakan adalah faktor mengapa ini berlaku. Dengan halangan ini pengguna bawah umur tidak akan didedahkan kepada produk yang boleh mendatangkan impak negatif kepada kesihatan.

Di Malaysia tular isu penjualan gula-gula vape dan penggunaan rokok elektronik di kalang pelajar sekolah rendah. Syarikat pengeluar rokok elektronik amat agresif menggunakan selebriti dan pemangkin media sosial tempatan untuk mempromosikan produk yang kini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.


TIPS & ULASAN