Cari @ Amanz

Musim panas tiba lagi dan di negara seperti Jepun suhu boleh meningkat sehingga 40 darjah Celsius. Walaupun suhu meningkat tinggi, pekerja pejabat masih perlu memakai sut sehingga mengakibatkan pemakai berpeluh-peluh. Bagi menentang masalah ini, Sony telah melancarkan Reon Pocket sebuah alat pendingin hawa yang dipakai pada baju,

Reon Pocket terdiri daripada sebuah kipas elektrik dan sehelai baju dalam dengan poket pada bahagian belakang tengkuk. Kipas elektrik diletakkan di dalam poket kecil ini untuk bukan sahaja menyejukkan tubuh tetapi turut boleh memanaskan badan sekiranya sejuk di pejabat. Dengan pengecasan selama 2 jam, Reon Pocket dikatakan boleh berfungsi sepanjang hari.

Lima tahap penyejukan dan pemanasan boleh dilakukan menggunakan aplikasi Android dan iOS yang disertakan. Walaupun dibangunkan oleh Sony, Reon Pocket sedang mengumpulkan dana menerusi laman biayasama First Flight dengan harga bermula dari 14,080 Yen (~RM 535) untuk satu set.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd