Microsoft Office Online Dijenamakan Semula Sebagai “Office” Sahaja Tanpa Perkataan “Online”

Microsoft Office Online Dijenamakan Semula Sebagai “Office” Sahaja Tanpa Perkataan “Online”

Diterbitkan pada July 25, 2019 oleh .

Microsoft pada hari ini telah mengumumkan perubahan pada penjenamaan baru Office Online iaitu perkhidmatan Office yang dijalankan pada atas talian. Bermula hari ini, Office Online hanya akan dikenali sebagai Office sahaja tanpa penjenamaan “Online” seperti sebelum ini.

Perubahan ini menyaksikan penjenamaan sejumlah aplikasi atas talian Microsoft Office akan ditukar menjadi lebih ringkas. Seperti contoh, aplikasi-aplikasi ini hanya akan dikenali sebagai ‘Word’, ‘PowerPoint’, dan ‘Excel’ sahaja – berbanding ‘Word Online’, ‘PowerPoint Online’, dan ‘Excel Online’.

Microsoft menjenamakannya semula kerana ingin menyelaraskan kepada satu penjenamaan sahaja, sekaligus membuatkan “Office Online” ini hanya dikenali sebagai “Office”. Untuk mengelakkan kekeliruan, Microsoft dijangka akan menggunakan istilah “Office for the web” pada beberapa lokasi, seperti mana “Office for Mac”, “Office for Android”, dan lain-lain lagi.

Penjenamaan baru ini telah sedia dilihat oleh pengguna apabila mengakses aplikasi Microsoft Office melalui halaman office.com. Namun begitu, sejumlah perisian seperti Exchange Online, SharePoint Online, Project Online, dan Office Online Server tidak terkesan kepada perubahan ini.


TIPS & ULASAN