Lenovo Z6 Pro Dengan Snapdragon 855 Dan Empat Kamera Belakang, Kini Di Malaysia Pada Harga RM2299

Lenovo Z6 Pro Dengan Snapdragon 855 Dan Empat Kamera Belakang, Kini Di Malaysia Pada Harga RM2299

Diterbitkan pada July 25, 2019 oleh .

Lenovo nampaknya telah mula menawarkan beberapa peranti mudah-alih mereka untuk pasaran tempatan. Selepas penawaran peranti berjenama Motorola sebelum ini, terkini Lenovo Z6 Pro turut dilihat telah mula ditawarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan.

Lenovo Z6 Pro hadir dengan skrin 6.39-inci Super AMOLED, dijana cip Snapdragon 855, memori 8GB RAM, dan storan 128GB. Ia turut hadir dengan bateri 4000mAh bersama dengannya.

Untuk rakaman gambar, Lenovo Z6 Pro menggunakan gabungan empat-kamera 48MP + 16MP + 8MP + 2MP. Ia turut menyertakan sokongan kamera swafoto 32-megapixel.

Peranti ini turut hadir dengan sokongan pengimbas cap jari pada skrin, selain sokongan sistem audio Dolby Atmos dan penyejukkan berasaskan cecair padanya.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan ia melalui kedai rasmi Motorola hari ini pada harga RM2299.


TIPS & ULASAN