Sony RX100 VII Dilancarkan Kini Akhirnya Dengan Bicu Input Mikrofon

Sony RX100 VII Dilancarkan Kini Akhirnya Dengan Bicu Input Mikrofon

Diterbitkan pada July 26, 2019 oleh .

Siri kamera RX100 saban tahun dimasukkan ke dalam senarai kamera kompak yang terbaik di pasaran. Walaupun bersaiz kecil, ia mempunyai pelbagai fungsi tambahan yang menarik serta kemampuan mengambil video serta gambar yang mengagumkan. Iterasi terkini Sony RX100 VII baru sahaja diumumkan dan akhirnya hadir dengan sokongan bicu input mikrofon.

Bicu input mikrofon ini telah diminta oleh pengguna RX100 sejak lima tahun kebelakangan ini kerana kepopularannya sebagai kamera untuk vlogging. Sony RX100 VII dilengkapi sensor 1-inci 20.1-Megapixel CMOS Exmor RSyang dipadankan dengan lensa ZEISS Vario-Sonnar T* 24-200mm f/2.8 – f/4.

Terdapat sokongan sistem pemfokusan Eye AF dan penjejakan objek secara masa nyata yang menurut Sony adalah setanding dengan yang disertakan pada siri Sony α9. Dengan spesifikasi ini, RX100 VIII boleh merakam sehingga 90 bingkai gambar sesaat, video sehingga 4K HLG dan gerak perlahan 1080P sehingga 960FPS.

Seperti model terdahulu viewfinder OLED XGA, flash dan skrin sesentuh yang boleh dilipat 180 darjah disertakan pada bahagian belakang. Sony RX100 VII akan mula dijual pada harga $1,200 (RM 4942) sebuah bermula Ogos hadapan.


TIPS & ULASAN