Vivo NEX 3 Dilaporkan Akan Hadir Dengan Nisbah Skrin-Ke-Binaan Setinggi 100%

Vivo NEX 3 Dilaporkan Akan Hadir Dengan Nisbah Skrin-Ke-Binaan Setinggi 100%

Diterbitkan pada July 26, 2019 oleh .

Vivo NEX merupakan siri peranti pintar yang memfokuskan kepada rekaan skrin sepenuhnya. Pada sebelum ini, mereka telah hadir dengan Vivo NEX Dual Display Edition dengan memperlihatkan rekaan dwi-skrin di dalam satu peranti. Kini, peranti Vivo NEX seterusnya dilaporkan akan hadir dengan binaan skrin yang lebih menyeluruh.

Menurut perkongsian daripada @UniverseIce, Vivo NEX generasi seterusnya bakal dikenali sebagai Vivo NEX 3. Ia dikatakan akan hadir dengan nisbah skrin-ke-binaan setinggi 100%, sekaligus membuatkannya sebagai peranti tertinggi yang hadir dengan nisbah setinggi ini.

Bagi menjayakannya, ia akan hadir dengan bingkai sisi melengkung 90-darjah untuk membolehkan bahagian paparan disajikan dengan lebih luas. Dengan nisbah setinggi 100%, telefon ini tidak akan mempunyai takuk atau rekaan berlubang – seperti mana yang ditawarkan pada siri Vivo NEX sebelum ini.

Namun begitu, teknik yang akan digunakan untuk perletakan kamera hadapannya masih tidak diperincikan sehingga setakat ini. Ia mungkin akan menggunakan teknik dwi-skrin, kamera boleh berputar, atau rekaan kamera di bawah skrin seumpama peranti konsep daripada OPPO. Sehingga kini, Vivo tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai pembangunan peranti ini secara rasmi.


TIPS & ULASAN