Google Calculator Kini Akan Memaparkan Keputusan Dalam Bentuk Pecahan
Fahim Zahar
Aplikasi Google Calculator adalah aplikasi kalkulator yang terbina dalam peranti Pixel. Peranti-peranti lain kebiasaannya akan menggunakan aplikasi kalkulator yang tersendiri. Tetapi, Google Calculator bukannya terhad kepada peranti Google Pixel sahaja. Ia turut boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store.
Terkini, Google Calculator telah dikemaskini dengan paparan hasil kiraan dalam bentuk pecahan. Sebelum ini, hasil kiraan seperti 3 bahagi dengan 10 akan memaparkan keputusan dalam bentuk perpecahan. Kini jika 3 bahagi 10 dimasukkan, ia akan memaparkan kedua-dua keputusan 0.3 dan 3/10.

Versi kalkulator ini adalah 7.7 dan ia sudah boleh dimuat turun di Google Play Store.
[download] Muat Turun Google Calculator v7.7 Di Sini [/download]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.