Carian
Percubaan Merentas Selat Inggeris Menggunakan Papan Terbang Berakhir Dengan Kegagalan
July 26, 2019 Effi Saharudin

Di dalam filem Back To The Future II, papan terbang digunakan sebagai permainan yang menggantikan papan luncur beroda. Sejak diperlihatkan pada tahun 1988. ramai yang menantikan papan terbang ini menjadi realiti. Akhirnya pada tahun 2016 papan terbang Flyboard Air dicipta oleh Frank Zapata yang membolehkan seorang individu terbang beberapa puluh kaki di udara.

Semalam Frank Zapata cuba menggunakan Flyboard Air bagi merentasi Selat Inggeris tetapi ia berakhir dengan kegagalan selepas beliau terhempas ke dalam laut. Masalah berlaku ketika percubaan mendarat di atas bot di pertengahan perjalanan bagi mengisi minyak karosin. Bot yang teroleng-oleng melanggar Flyboard Air menyebabkan Zapata terhempas. Beliau tidak mengalami sebarang kecederaan dan berazama untuk cuba selalu lagi merentas Selat Inggeris di masa hadapan.

Tarikh 25 Julai dipilih oleh Zapata kerana ia ulang tahun ke-110 kejayaan Louis Bleriot menjadi manusia pertama merentasi Selat Inggeris menggunakan sebuah kapal terbang.

Komen