Carian
Moto E6 Dilancarkan Dengan Skrin HD+, Snapdragon 435, Sokongan Kalis Percikan Air P2i
July 26, 2019 Arib Ismail

Moto E merupakan siri yang memfokuskan kepada penawaran telefon pintar asas, bagi membolehkannya ditawarkan pada harga mampu-milik. Motorola pada hari ini telah memperkenalkan model baru untuk siri ini, melalui perkenalan Moto E6 secara rasmi.

Telefon pintar ini dilihat menyertakan skrin sebesar 5.5-inci HD+ (18:9), cip Snapdragon 435, dan penyertaan memori 2GB RAM. Ia juga menyertakan storan dalaman 16GB yang mana boleh dinaik-taraf dengan perletakan kad mikroSD.

Melengkapkan lagi peranti ini ialah kamera utama 13MP f/2.0 dengan keupayaan PDAF untuk sistem penfokusan yang lebih pantas. Pada bahagian hadapan, ia dilihat menyertakan kamera utama 5MP dengan bukaan aperture f/2.0.

Ia juga dilihat menyajikan kapasiti bateri 3000 mAh dan menjalankan Android 9.0 Pie secara terbina. Apa yang menarik, Moto E6 turut menyertakan kalis percikkan air P2i, iaitu lapisan ketahanan air nano yang diselaputi pada bahagian dalaman peranti.

Dari segi jualan, Moto E6 telah dijual secara rasmi di pasaran India pada harga jualan Rs. 7,999 (~RM476.73). Namun begitu, pihak Motorola tidak berkongsi sebarang makluman mengenai jualan peranti ini untuk pasaran Malaysia.

https://www.youtube.com/watch?v=g1PBtEaDLvU

Komen