Konsep Hyperloop dikongsi oleh Elon Musk pada tahun 2012 sebagai sistem rel yang boleh mencecah kelajuan 1000 km/j. Ini dicapai dengan menggunakan tiub vakum yang mengurangkan rintangan udara ketika Hyperloop bergerak. Walaupun dicipta oleh beliau, Musk membenarkan idea ini dibangunkan oleh syarikat lain seperti Virgin Hyperloop One.
Hyperloop One telah mengumumkan rancangan membina tiub Hyperloop terpanjang dunia di Jeddah, Arab Saudi. Tiub sepanjang 35 kilometer ini akan dibina di King Abdullah Economic City bagi membolehkan ujian sistem Hyperloop yang lebih menyeluruh dilakukan. Sebelum ini mereka hanya melakukan ujian di dalam tiub sepanjang 500 meter sahaja dan berjaya mencecah kelajuan 387 km/j.
Ini adalah langkah pertama untuk memendekkan waktu perjalanan di antara Jeddah dengan Riyadh ke-76 minit sahaja berbanding 10 jam pada waktu ini. Ini ialah sebahagian Wawasan 2030 untuk memodenkan Arab Saudi yang diumumkan oleh Tengku Mahkota Mohammed bin Salman.