PowerBeats Pro Kini Boleh Dibeli Di Malaysia Pada Harga RM999

PowerBeats Pro Kini Boleh Dibeli Di Malaysia Pada Harga RM999

Diterbitkan pada July 26, 2019 oleh .

Fon telinga nirwayar Powerbeats Pro telah dilancarkan pada April yang lalu pada pasaran terpilih. Bagi mereka yang ingin memilikinya di Malaysia, anda kini boleh memesannya menerusi laman rasmi Apple pada harga RM999 sepasang. Namun hanya Powerbeats Pro berwarna hitam sahaja boleh dipesan buat masa ini. Laman hanya menyatakan penghantaran akan dilakukan dalam masa 1-2 minggu.

Fon telinga nirwayar ini hadir dengan cip H1 yang memudahkan ia ditambat kepada iPhone , iPad dan Mac.Ia direka khusus untuk digunakan ketika melakukan aktiviti senaman. Dengan setiap cas ia boleh berfungsi selama 9 jam dengan sekali caj dan sehingga 24 jam dengan pod pengecas yang disertakan.

Tidak seperti AirPods, pod pengecas Powerbeats Pro tidak menyokong pengecasan nirwayar. Harga jualan Powerbeats Pro adalah sedikit lebih mahal berbanding AirPods dengan pod pengecas nirwayar yang ditawarkan di Malaysia pada harga RM879 sebelum ini.


TIPS & ULASAN