Pelbagai promosi ditawarkan oleh Huawei sejak beberapa bulan kebelakangan ini dengan potongan harga peranti yang menarik. Bermula 27 Julai hingga 4 Ogos ini, Huawei Carnival akan berlangsung dengan penawaran hadiah cabutan bertuah bernilai RM1 Juta.
Menerusi promosi selama lapan hari ini, pembeli peranti Huawei berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah seperti Mercedes GLA200 Night Edition, basikal elektrik Orbit dan skuter elektrik. Terdapat juga hadiah percuma dengan setiap pembelian seperti tripod kamera, baucar Starbucks, penyesuai USB-C dan pembesar suara.
Potongan harga turut diberikan kepada peranti popular seperti Huawei P30 Pro, Mate 20 Pro dan Mate 20 X. Senarai lengkap peranti yang menerima potongan harga serta harga baharu adalah seperti di bawah. Untuk terma dan syarat pertandingan sila ke pautan di bawah.
Peranti | Harga Asal (RM) | Harga Baharu (RM) |
HUAWEI Mate20 Pro | 2,999.00 | 2,599.00 |
HUAWEI Mate20 | 2,399.00 | 2,099.00 |
HUAWEI Mate20 X | 2,899.00 | 2,599.00 |
HUAWEI P30 Pro (512GB version) | 4,399.00 | 3,899.00 |
HUAWEI nova 4e | 1,199.00 | 999.00 |
HUAWEI Y7 Pro 2019 | 649.00 | 599.00 |