Xiaomi Mi A3 Dijangka Berharga Kurang RM1k Di Malaysia

Xiaomi Mi A3 Dijangka Berharga Kurang RM1k Di Malaysia

Diterbitkan pada July 26, 2019 oleh .

Xiaomi telah pun mula mengacah kehadiran Mi A3 untuk pasaran tempatan sebelum ini, dan bakal melancarkannya secara rasmi pada minggu hadapan di Malaysia. Menariknya, kini beberapa penjual telah mula mengacah kehadirannya, dan turut memperlihatkan ia akan berharga bawah RM1k di Malaysia.

Xiaomi Mi A3 merupakan telefon pintar berasaskan Android One, menyertakan antaramuka asas dan menjanjikan kemaskini Android dengan pantas berbanding kebiasaan.

Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin 6.08-inci, dijana cip Snapdragon 665, memori 4GB RAM, dan storan 128GB, serta bateri 4080mAh. Untuk rakaman gambar, ia menggunakan tri-kamera 48-megapixel dibelakang, selain kamera swafoto 32-megapixel dihadapan.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan minggu hadapan untuk melihat sendiri harga jualan Xiaomi Mi A3 di Malaysia.


TIPS & ULASAN