Samsung Galaxy A80, Watch Active Dan Buds Edisi Blackpink Ditawarkan Di Malaysia Pada 1 Ogos

Samsung Galaxy A80, Watch Active Dan Buds Edisi Blackpink Ditawarkan Di Malaysia Pada 1 Ogos

Diterbitkan pada July 27, 2019 oleh .

Samsung melancarkan Galaxy A80, Galaxy Watch Active dan Galaxy Buds edisi Blackpink di Thailand pada awal bulan lalu. Bagi Blink tempatan yang mungkin ingin turut memiliki berkas khas dari kumpulan k-pop kegemaran, ia akan ditawarkan bermula di Malaysia pada 1 Ogos ini.

Seperti berkas yang ditawarkan di Thailand, Galaxy A80 ini mempunyai tubuh berwarna hitam dengan kemasan berwana merah jambu pada bahagian sisi lengkap dengan logo Blackpink. Jam tangan Galaxy Watch Active pula mempunyai tubuh hitam dengan tali berwarna merah jambu. Akhir sekali ialah Galaxy Buds berwarna hitam serta merah jambu dengan pod simpanan berwarna merah jambu.

Kesemuanya ditawarkan kepada peminat Malaysia pada harga RM3899 yang lebih murah berbanding Thailand 32,990 THB (~RM 4433). Pra-tempahan dibuka dari 1 hingga 4 Ogos dengan peranti akan diedarkan pada 8 Ogos sempena ulang tahun Blackpink yang ketiga.



Paling Popular