Cari @ Amanz

Aksesori Papan Kekunci Samsung Galaxy Tab S6 Dilengkapi Pad Sesentuh

Link Copied!

Imej pengolokan rasmi Samsung Galaxy Tab S6 tertiris sekali lagi. Kali ini ia memaparkan tablet ini dengan aksesori papan kekunci rekaan baharu lengkap dengan tongkat pada bahagian belakang dan sebuah pad sesentuh. Ini adalah penambahbaikan berbanding yang ditawarkan pada Tab S5 tahun lalu yang hanya dilengkapi papan kekunci.

Imej yang lebih jelas ini menunjukkan Galaxy Tab 6 ingin bersaing dengan tablet iPad Pro dan juga komputer tablet Surface. Selain mempunyai rekaan bezel yang nipis ia turut mempunyai sebuah stylus bersaiz besar yang boleh disimpan pada panel belakang menggunakan magnet.

Adalah dipercayai skrin 10.5″ AMOLED akan dipadankan dengan cip Snapdragon 855 dan bateri sebesar 6840 mAh. Galaxy Tab S6 berkemungkinan besar akan dilancarkan serentak dengan Galaxy Note 10, Galaxy Watch Active 2 dan beberapa aksesori audio nirwayar AKG pada 7 Ogos hadapan.


Komen ()