Cari @ Amanz

Sistem penyejukan cecair membolehkan pemilik PC mengekalkan suhu yang rendah pada komputer milik mereka. Kerap kali ia hanya digunakan pada CPU dan kad grafik kerana ianya adalah komponen yang paling panas. Tetapi bagi memenuhi keperluan penyejukan cecair yang selangkah lebih melampau, Team Group telah melancarkan T-Force Cardea yang merupakan SSD pertama dunia dengan sistem penyejukan terbina.

SSD dari jenis M.2 PCIe ini mempunyai kebuk khas dengan sistem penyejukan cecair tertutup menggantikan sinki haba biasa. Tiada sistem takungan air besar diperlukan bagi menggunakan SSD ini. Terdapat senggatan yang menunjukkan bila cecair penyejuk perlu ditambah. Menurut Team Group, sistem penyejukan cecair ini mampu mengurangkan suhu SSD sehingga 10 darjah Celsius. Kerana masih lagi menggunakan standard PCIe 3.0, T-Force Cardea  mempunyai kelakuan membaca 3,400MB/s dan kelajuan menulis pula ialah 3,000MB/s.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd