Cari @ Amanz

PUBG merupakan salah satu permainan tembak-menembak yang popular dikalangan ramai pemain seluruh dunia. Variasi permuanya sendiri mempunyai ratusan juta pemain seluruh dunia.


Terkini, dalam usaha menambah lebih ramai pemain permua berkenaan, penerbitnya telah pun menerbitkan PUBG Mobile Lite untuk semua pemain tempatan.

PUBG Mobile Lite

Untuk makluman, variasi PUBG Mobile Lite telah ditawarkan sejak daripada tahun lepas, namun tidak ditawarkan secara meluas. Kini, ia berubah, dan sudah boleh dimuat-turun secara meluas oleh pengguna tempatan.

PUBG Mobile Lite menawarkan bentuk permainan yang lebih kurang sama dengan PUBG Mobile, tetapi dengan grafik yang sedikit kurang, meliputi 60 pemain pada sesuatu masa, serta sedikit kekurangan yang lain. Ia lebih dioptimasikan untuk peranti dengan memori yang rendah, dan tidak menggunakan storan yang tinggi.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun PUBG Mobile Lite ini di Google Play Store hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd