Cari @ Amanz

Maxis Home Fibre adalah pelan internet jalur lebar talian tetap daripada Maxis, dan ditawarkan di sejumlah kawasan, termasuk kawasan-kawasan yang diliputi oleh rangkaian Unifi. Ia menawarkan harga yang sangat baik jika dibandingkan dengan penyedia lain.

Terkini, sejak beberapa jam yang lepas, pengguna Maxis Home Fibre dilihat menghadapi masalah untuk mengakses internet, dan adakalanya ia tergendala. Perkhidmatan internet Maxis ini dilihat menghadapi masalah sambungan yang sangat perlahan, termasuk dari segi penstriman perkhidmatan Netflix.

Menurut Maxis, isu rangkaian ini berlaku di beberapa kawasan sahaja dan bukannya seluruh negara. Maxis melalui akaun media sosial turut memberitahu yang pasukan mereka sedang dalam proses mengatasi masalah ini secepat mungkin.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd