switchroot Adalah Sistem Operasi Android Oreo Untuk Nintendo Switch

switchroot Adalah Sistem Operasi Android Oreo Untuk Nintendo Switch

Diterbitkan pada July 27, 2019 oleh .

Nintendo Switch adalah konsol permainan hibrid daripada Nintendo. Ia menjalankan sistem operasi tersendiri dan mempunyai platform tersendiri untuk menjalankan permainan-permainan mereka. Ia adalah satu konsol yang menarik, dengan dermaga ia adalah konsol dan apabila ditanggalkan ia adalah seakan tablet permainan.

Kini pembangun bebas di XDA telah membangunkan sistem operasi LineageOS 15.1 berasaskan Android Oreo untuk Nintendo Switch. Perkara ini adalah tidak mustahil kerana Nintendo Switch dijana dengan cip NVIDIA Tegra X1, yang mana turut digunakan pada NVIDIA Shield TV (sistem operasi Android). Menggunakan asas binaan daripada NVIDIA Shield TV, sistem operasi Android ini berjaya dibangunkan.Sistem operasi ini dilihat berfungsi dengan baik, malah permainan khas untuk NVIDIA Shield TV juga boleh dimainkan tanpa masalah.

Dari segi teknikal, TWRP (mod penyelamat) sudah siap terpasang, profil CPU dan GPU tidak ada masalah, masih boleh disambungkan pada dermaga rasmi dan juga digunakan dalam mod mudah alih, audio disokong dan yang paling menarik, JoyCon dan alat kawalan Pro Switch berfungsi dengan baik. Cuma terdapat beberapa kekurangan, antaranya;

  • Deep sleep, tidak berfungsi jadi ia bateri cepat habis.
  • Auto-putar tidak berfungsi.
  • Apabila di dermaga, skrin akan kekal menyala.
  • Walaupun peranti dicas, ia tidak akan memberi sebarang indikasi.
  • Beberapa aplikasi tidak menyokong JoyCon dengan baik.
  • Skrin terlampau sensitif sehinggakan jari hanya atas skrin ia akan dikesan sebagai disentuh.

Bagi yang ingin mencuba, anda tidak akan membahayakan Nintendo Switch anda. Ini kerana, sistem Android ini hanya berjalan melalui storan mikroSD dan tidak akan menggantikan sistem asal Nintendo Switch. Untuk langkah-langkah memasang, anda boleh semak pautan forum XDA di bawah ini.

Baca Cara Pasang switchroot Untuk Nintendo Switch Di Sini


TIPS & ULASAN