Carian
Perkhidmatan MVNO, Friendi Mobile Akan Berhenti Beroperasi Pada 15 Ogos 2019
July 28, 2019 Aman

Di Malaysia, terdapat beberapa perkhidmatan telekomunikasi berasaskan MVNO, dan salah satunya adalah Friendi Mobile. Terkini, mereka melalui laman rasmi mengumumkan yang mana perkhidmatan mereka akan ditamatkan pada 15 Ogos 2019 kelak.

Bagi pengguna yang masih menggunakan talian dibawah Friendi Mobile, anda dinasihatkan untuk beralih ke syarikat telekomunikasi lain sebelum 9 Ogos 2019 ini, bagi mengelak perkhidmatan anda ditamatkan. Perkhidmatan Friendi Mobile, sebelum ini telah dimulakan sejak 2013 yang lepas.

Selain daripada itu, pihak Friendi juga turut meminta pengguna menghubungi mereka dalam mendapatkan kembali kredit dan sebagainya.

Komen