Semua iPhone 2020 Dijangka Hadir Dengan Sokongan Rangkaian 5G

Semua iPhone 2020 Dijangka Hadir Dengan Sokongan Rangkaian 5G

Diterbitkan pada July 29, 2019 oleh .

Menjadi kebiasaan untuk Apple memperkenalkan sesuatu sokongan seleps ia tersedia dengan meluas. Terbaru, sementara pelbagai pengeluar bersaing dalam memperkenalkan peranti berasaskan 5G mereka, pihak Apple kini dijangka hadir dengan iPhone yang menyokong 5G menjelang 2020 kelak.

Perkara ini disasarkan melalui laporan penganalisa popular, Ming-Chi Kuo. Beliau menyasarkan ketiga-tiga model iPhone pada 2020 kelak akan hadir dengan sokongan rangkaian 5G – berbeza dengan jangkaan awal yang menyasarkan hanya dua model teratas sahaja.

Jangkaan baru ini hadir daripada penganalisa lanjutan daripada pengambil-alihan perniagaan modem daripada Intel pada minggu lepas.

Untuk makluman, walaupun terdapat peranti dengan sokongan rangkaian 5G, namun, penawaran perkhidmatan 5G sendiri masih terhad buat masa ini. Di Malaysia sendiri, kerajaan masih belum memperuntukkan gelombang khusus untuknya, dan hanya menyasarkan sekitar 2021 kelak untuk penawaran 5G untuk umum.

Apa pun, seperti biasa, ini hanya jangkaan awal sahaja, dan semestinya kita perlu nantikan 2020 kelak untuk melihat sendiri apakah kejutan yang disediakan oleh pihak Apple.


TIPS & ULASAN