PLUS Menyasarkan Semua R&R Ke Arah Nirtunai Menjelang Penghujung 2020

PLUS Menyasarkan Semua R&R Ke Arah Nirtunai Menjelang Penghujung 2020

Diterbitkan pada July 29, 2019 oleh .

PLUS sedia mengimplementasi sokongan pembayaran secara nirtunai dibeberapa kawasan rehat dan rawat (R&R) sebelum ini, termasuk hasil kerjasama dengan pihak Boost dan juga Visa.

Terkini, berkongsi lanjut mengenainya, pihak PLUS turut bercakap mereka menyasarkan untuk semua kawasan R&R akan ke arah nirtunai menjelang penghujung 2020 kelak.

Pada hari ini, sebanyak tiga kawasan R&R telah ke arah nirtunai, dan PLUS menyasarkan sejumlah 10 R&R dengan sokongan sama menjelang penghujung 2019 ini.

Sebelum ini, pihak PLUS turut telah mengatakan yang mana semua kawasan R&R mereka akan dilengkapi dengan sokongan WiFi percuma menjelang 2020 kelak.


TIPS & ULASAN