Samsung Galaxy Buds Akan Ditawarkan Dengan Warna Aura Glow

Samsung Galaxy Buds Akan Ditawarkan Dengan Warna Aura Glow

Diterbitkan pada July 29, 2019 oleh .

Fon telinga nirwayar Samsung Galaxy Buds dilancarkan pada Februari lalu bersama dengan Galaxy S10. Ketika dilancarkan ia ditawarkan dengan warna hitam, putih dan kuning sahaja. Sempena pelancaran Galaxy Note 10 kelak. Galaxy Buds akan ditawarkan pula dengan warna Aura Glow selepas rekaannya tertiris hujung minggu lalu.

 Warna Aura Glow ini digunakan pada dua pad sesentuh fon telinga manakala tubuh kini berwarna kelabu. Warna yang sama turut digunakan pada pod simpanan merangkap pod pengecas. Dengan rekaan yang tertiris ini, bolehlah diramalkan Aura Glow juga akan menjadi antara warna yang bakal ditawarkan untuk Galaxy Note 10 kelak.


TIPS & ULASAN