Teknologi skrin kini hadir dengan sisi melengkung dan juga bahagain dagu serta dahi yang semakin mengecil. Langkah seterusnya ialah meningkatkan lagi saiz permukaan skrin pada bahagian hadapan peranti. Oppo hari ini berkongsi imej peranti prototaip dengan teknologi “waterfall screen”. Menerusi teknologi ini skrin turut digunakan pada bahagian sisi skrin.
Dari maklumat yang dikongsi, sisi skrin melengkung 88 darjah dan adalah lebih besar berbanding sisi lengkung yang boleh ditemui pada Samsung Galaxy S10 misalnya.Sebelum ini imej pengolokan peranti Vivo dengan teknologi yang sama tertiris. Ini ialah kali pertama imej peranti fizikal telah diperlihatkan secara rasmi. Penggunaan teknologi yang sama oleh Oppo tidak mengejutkan kerana mereka adalah di bawah payung yang sama syarikat BBK Electronic.
Dengan waterfall screen, butang fizikal pada bahagian sisi akan digantikan dengan butang kapasitif sepenuhnya. Imej yang dikongsi ini mungkin adalah petunjuk paling awal rekaan peranti yang akan dilancarkan oleh Oppo. Mereka kerap kali berkongsi prototaip yang kemudian dilancarkan sebagai produk sebenar.
Taking borderless smartphone innovation to new heights, we're thrilled to give you a first look at 'Waterfall Screen' technology. 🤯
What do you think the screen-to-body ratio is on this prototype? 😏 pic.twitter.com/99AQKh9ZgH
— OPPO (@oppo) July 29, 2019