Grab Akan Menerima Suntikan Dana RM8 Bilion Daripada Softbank Khusus Untuk Pasaran Indonesia

Grab Akan Menerima Suntikan Dana RM8 Bilion Daripada Softbank Khusus Untuk Pasaran Indonesia

Diterbitkan pada July 29, 2019 oleh .

Grab ialah sebuah syarikat teknologi yang pada mulanya diasaskan di Malaysia, dan berpengkalan di Singapura. Pada mulanya syarikat tersebut hadir dengan aplikasi untuk memanggil teksi, tetapi kemudiannya hadir dengan perkhidmatan seru-pandu, penghantaran makanan dan sebagainya.

Dengan itu, ia tidaklah begitu mengejut untuk mengatakan bahawa Indonesia merupakan pasaran terbesar Grab sekarang, dimana ia sedang bersaing dengan Go-Jek sebagai syarikat teknologi terbesar di rantau ini.

Softbank, syarikat pelabur teknologi dari Jepun kini dilaporkan akan menyuntik dana sebanyak $2 bilion (~RM8 bilion) sepanjang lima tahun untuk bersaing dengan Go-Jek di pasaran Indonesia.

Dana tersebut akan digunakan untuk mengembangkan perniagaan Grab di Indonesia, termasuklah penggunaan kenderaan elektrik, pembinaan ibu pejabat yang akan memfokuskan kepada penyelidikan dan pembangunan teknologi dan juga pembangunan sistem pemetaan baru.

Suntikan dana ini dilihat akan mengukuhkan lagi kedudukan Indonesia sebagai pasaran utama Grab. Kebanyakan perkhidmatan dan ciri yang diperkenalkan melalui aplikasi Grab biasanya akan tiba terlebih dahulu di pasaran Indonesia dan Singapura sebelum ia ditiriskan ke pasaran-pasaran lain.


TIPS & ULASAN