Zeiss: Lensa 40MP Pada Sebuah Peranti Pintar Sudah Lebih Daripada Cukup

Zeiss: Lensa 40MP Pada Sebuah Peranti Pintar Sudah Lebih Daripada Cukup

Diterbitkan pada July 29, 2019 oleh .

Trend pengeluar peranti pintar sekarang adalah dengan menggunakan lensa sehingga 48 Megapixel. Lihat sahaja Redmi Note 7 Pro, OnePlus 7 dan banyak lagi peranti lain. Tidak cukup dengan itu, Realme dan Redmi kelak akan melancarkan peranti dengan lensa 64 Megapixel pula.

Menurut Dr. Michael Kaschke, iaitu Presiden dan CEO syarikat lensa terkenal Zeiss – lensa 40 Megapixel untuk sesebuah peranti adalah lebih daripada cukup. Lensa 64 Megapixel yang Samsung perkenalkan itu adalah melampau. Ini adalah kerana, untuk peranti pintar akan terdapat sokongan yang terhad untuk perkakasan. Akan tetapi, dengan teknik pasca-proses ia sudah boleh memberi perubahan.

Selain itu, sesebuah peranti mempunyai saiz binaan yang nipis. Jadi saiz sensor tidak boleh dibesarkan dan isu mengambil gambar dalam keadaan yang gelap akan sentiasa bermasalah. Kemudian, prestasi untuk lensa telefoto juga tidak akan menjadi sebaik. Ini bermakna dengan menggunakan banyak lensa untuk mempunyai hasil gambar seakan DSLR tidak akan memberi bantuan yang banyak, kerana akhirnya persian juga yang akan melakukan kerja. Contoh peranti gagal adalah Nokia 9 Pureview, walaupun dengan penta-lensa hasil imej masih tidak dapat menewaskan peranti seperti Huawei P30 Pro.

Contoh paling baik adalah Google Pixel 3 XL, hanya dengan satu lensa dan kehebatan perisian boleh menghasilkan imej yang menakjubkan. Kewujudan peranti Google Pixel ini juga adalah bukti yang hanya gabungan fotografi pengkomputeran yang baik dan perkakasan sudah mencukupi.


TIPS & ULASAN