Bulan tahun 2014, Lenovo telah mengambil alih syarikat Motorola dan dengan Lenovo Mobile disatukan bersama Motorola Malaysia pada tahun 2018, tiada lagi jenama baharu Lenovo akan dijual di Malaysia. Tetapi, minggu lepas Motorola membuat kejutan dengan mula menjual Lenovo Z6 Pro di Malaysia pada harga yang agak kompetetif.
Ini bermakna, Lenovo harus menjaga kemaskini perisian peranti ini bagi memastikan jualan peranti mereka lebih baik. Baru-baru ini di China, Lenovo telah mula mengedarkan kemaskini ZUI 11.1.036. Kemaskini ini membawakan banyak perubahan dan di bawah perenggan ini adalah log perubahan kemaskini ini;
- Aplikasi U-Health direka semula.
- Tema baharu.
- Sokongan gestur tatal 3 jari untuk tangkapan skrin.
- Navigasi gestur U-Touch – tatal kiri tukar aplikasi, tatal atas ke halaman utama pelancar, tatal atas dan tahan untuk senarai aplikasi terbuka, tatal ke kiri dari tengah untuk kembali.
- Sokongan audio HD untuk Bluetooth.
- Peratusan bateri kini dalam ikon bateri untuk menjimatkan ruang.
- Tetapan paparan baharu yang kini menyokong HDR10.
- Perkhidmatan storan awan baharu untuk membuat sandaran tetapan peranti, nota, penggera dan kenalan.
Disebabkan ini adalah ZUI untuk pengguna di China, pengguna global termasuk Malaysia harus tunggu sedikit lebih lama untuk kemaskini ini. Ini kerana kebiasaannya ZUI versi global adalah sangat berbeza dengan versi China, seperti tiada sokongan U-Touch atau perkhidmatan storan awan.
Harapnya kemaskini ZUI versi global tidak mengambil masa yang lama.