Cari @ Amanz

Xiaomi bukan sahaja syarikat yang menghasilkan telefon pintar, tetapi turut menghasilkan barangan electronik untuk kegunaan di rumah. Antara yang paling popular adalah produk peranti berhubung mereka dengan ekosistem yang tersendiri.

Menambah senarai produk mereka lagi, hari ini Xioami telah melancarkan ketuhar gelombang mikro pintar. Produk ini boleh dikawal dengan aplikasi Mi Home dan juga arahan suara Xiao Ai. Ketuhar ini menggunakan magnetron 700W dan juga tombol elektronik daripada Toshiba. Ia juga mempunyai 26 mod berbeza seperti pemanasan pantas, menyahbeku makanan beku, sebelas mod pra-tetap dan banyak lagi.

Ketuhar gelombang mikro Xiaomi ini mempunyai jisim sekitar 12.1KG dan mempunyai gelombang frekuensi sebanyak 2,450Mhz. Seperti banyak barangan elektronik Xiaomi lain, rekaan ketuhar ini juga ringkas, berwarna putih, terdapat skrin untuk memaparkan masa dan jenis mod, dua butang sesentuh dan juga dua tombol menetapkan kuasa dan masa.

Sebelum ini Xiaomi turut pernah menjual ketuhar gelombang mikro, tetapi jenis yang biasa dengan rekaan retro. Ketuhar ini hanya akan dijual di China terlebih dahulu bermula 1 Ogos kelak. Ia dijual pada harga RMB399, iaitu sekitar RM240 sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd