Oppo Memberi Lesen Pengecasan Pantas VOOC Mereka Kepada 8 Syarikat Lain

Oppo Memberi Lesen Pengecasan Pantas VOOC Mereka Kepada 8 Syarikat Lain

Diterbitkan pada July 30, 2019 oleh .

VOOC Flash Charging adalah teknologi pengecasan pantas tersendiri daripada Oppo. Ia menggunakan kapasitor khas pada pengecas dan tidak menggunakan teknologi pengecasan pantas terbina pada cip pemprosesan seperti Qualcomm Quick Charge. Terdapat tiga jenis VOOC setakat ini, iaitu VOOC (termasuk VOOC 3.0), VOOC Mini dan SuperVOOC (yang terbaru dan terpantas).

Terkini, Oppo dilaporkan telah memberi lesen kepada lapan syarikat lain bagi menggunakan teknologi pengecasan pantas mereka ini. Tujuannya adalah untuk mengembangkan lagi penggunaan teknologi pengecasan ini. Syarikat tersebut adalah

  • Anke Innovation Technology Co. Ltd.
  • Angbao Electronics (Shanghai) Co. Ltd.
  • Hangzhou Shilan Microelectronics Co. Ltd.
  • Lilinda Technology Group Co. Ltd.
  • Ningbo Bull Digital Technology Co. Ltd.
  • Shenzhen Renqing Excellence Investment Co. Ltd.
  • Shenzhen Shishang Exhibition Technology Co. Ltd.
  • Core Sea Technology (Shenzhen) Co. Ltd.

Disebabkan tiada dalam senarai berikut adalah syarikat pengeluar peranti terkenal, ada kemungkinan besar itu adalah syarikat-syarikat pengeluar aksesori. Sejak kebelakangan ini, sudah banyak aksesori seperti kabel, pengecas atau juga power bank yang menyokong pengecasan pantas VOOC. Dengan penambahan senarai syarikat yang memegang lesen ini, kelak kita mungkin akan lihat lebih banyak aksesori pengecasan pantas VOOC lain.

Ini bukanlah kali pertama Oppo memberi lesen teknologi mereka kepada syarikat lain. Sebelum ini, Oppo telah memberi lesen VOOC kepada OnePlus, bagi menjayakan sistem pengecasan pantas DASH Charge (20W).


TIPS & ULASAN