Cari @ Amanz

Meizu Dilaporkan Bermasalah Sehingga Perlu Mengurangkan Pekerja Dan Menutup Kedai

Link Copied!

Meizu adalah antara jenama yang pernah cuba memasuki pasaran Malaysia dua tahun yang lalu. Peranti mereka unik kerana menggunakan pemproses Exynos keluaran Samsung. Mereka telah lama tidak melancarkan peranti baharu di Malaysia dan pada Mac lalu percubaan melancarkan Meizu Zero yang tidak mempunyai sebarang port gagal mendapat sambutan.

Menurut laporan IT Home, syarikat ini kini bermasalah sehingga terpaksa mengurangkan jumlah tenaga kerja. Tahun ini sahaja sebanyak 30% pekerja telah dilepaskan dan beberapa kedai rasmi telah ditutup. Pada tahun 2016 mereka mempunyai 2600 kedai rasmi dan kini dianggarkan hanya 5-6 kedai dibuka di setiap daerah di China.

Pada waktu yang sama pengasas dan timbalan presiden Meizu, Li Nan telah meninggalkan syarikat pada awal bulan ini. Tiga hari selepas itu jurutera sistem Flyme OS Hong Hansheng pula meninggalkan Meizu.

Syarikat ini telah beroperasi selama 15 tahun tetapi dengan pasaran peranti adalah amat sengit di China. Tahun lalu syarikat Gionee terpaksa gulung tikar kerana masalah hutang dan bulan lalu paten milik syarikat telah dilelong bagi melangsaikannya.


Komen ()