Cari @ Amanz

Seminggu sahaja lagi sebelum Samsung Galaxy Note 10 dan Note 10+ akan dilancarkan secara rasmi. Setakat ini rekaan serta spesifikasi lengkap telefon pintar ini bukan lagi misteri kerana telah tertiris lebih awal. Hari ini sebuah lagi imej pengolokan Galaxy Note 10 telah tertiris dengan warna merah jambu.

Samsung kerap kali hanya menawarkan warna seperti ini pada pasaran tertentu. Pada Mei lalu Galaxy S10 ditawarkan dalam warna baharu Cardinal Red di Eropah sahaja dan besar kemungkinan strategi yang sama akan dilakukan sekali lagi dalam pemasaran Galaxy Note 10.

Samsung Galaxy Note 10 pula dilengkapi skrin 6.3″ Dynamic AMOLED FHD+, dijana cip Snapdragon 855/Exynos 9825, memori 8GB RAM, storan sehingga 256GB UFS 3.0 dan bateri sebesar 3600 mAh.

Sistem kamera utama menggabungkan sensor 12+16+12 Megapixel. Kamera utama dengan lensa lebar mempunyai sistem tiga bukaan boleh ubah f/1.5+ f/1.8+ f/2.4, Lensa ultra sudut lebar f/2.2 dipadankan dengan sensor 16-Megapixel manakala lensa f/2.1 zum optikal 2X dipadankan dengan sensor 12-Megapixel. Bateri peranti sebesar 3600 mAh menyokong pengecasan berwayar 25W dan nirwayar 12W.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd