Carian
BlackShark 2 Pro Kini Rasmi – Snapdragon 855+, 12GB RAM, UFS 3.0, 4000mAh
July 30, 2019 Aman

BlackShark, salah satu jenama yang memfokuskan kepada telefon permua dan beroperasi dibawah ekosistem Xiaomi, hari ini telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka, BlackShark 2 Pro. Ia dilihat lebih kepada kemaskini kecil berbanding BlackShark 2 sebelum ini.

BlackShark 2 Pro hadir dengan skrin 6.39-inci AMOLED dan dilengkapi dengan sokongan pengimbas cap jari pada skrin. Ia turut dijana dengan cip pemprosesan terbaru Qualcomm, iaitu Snapdragon 855+ – sekaligus menjanjikan prestasi grafik lebih baik berbanding sebelum ini.

BlackShark 2 Pro

Menjana peranti ini juga adalah memori sehingga 12GB RAM, dan storan sehingga 256GB berasaskan kepada UFS 3.0. Melengkapkan peranti ini adalah bateri berkapasiti 4000mAh.

Untuk rakaman gambar, BlackShark 2 Pro menggunakan kamera belakang 48-megapixel + 12-megapixel, selain kamera swafoto 20-megapixel.

Seperti biasa, ia turut hadir dengan rekaan yang lebih memfokuskan peminat permua, selain pencahayaan RGB dibahagian belakang.

Buat masa ini, BlackShark 2 Pro hanya diumumkan di China sahaja, dan dijangka ditawarkan pada peringkat global tidak lama lagi.

Komen