MediaTek Memperkenalkan Cip Pemprosesan Memfokuskan Permua – Helio G90 / G90T

MediaTek Memperkenalkan Cip Pemprosesan Memfokuskan Permua – Helio G90 / G90T

Diterbitkan pada July 30, 2019 oleh .

Lanjutan daripada Qualcomm memperkenalkan cip pemprosesan dengan sokongan grafik yang ditambah-baik sebelum ini, hari ini pihak MediaTek pula telah memperkenalkan cip terbaru mereka dengan fokus lebih kurang sama, iaitu Helio G90 dan juga Helio G90T.

MediaTek Helio G90

MediaTek Helio G90 hadir dengan kuasa pemprosesan sepantas 2Ghz, sementara G90T pula menawarkan kepantasan pemprosesan mencapai 2.05Ghz. Kedua-duanya juga turut menawarkan sokongan grafik dikuasakan GPU Mali G76.

MediaTek turut menyertakan sokongan baru yang dinamakan sebagai HyperEngine – membolehkan kuasa pemprosesan dipertingkatkan dalam menawarkan pengalaman permainan lebih lancar.

Dari segi sokongan lain, cip ini menawarkan sokongan memori sehingga 10GB RAM, sokongan paparan HDR10, selain menjadikan skrin lebih responsif ketika para pemain memainkannya.

Penawaran MediaTek ini dilihat lebih memfokuskan kepada penawaran peranti berspesifikasi pertengahan dan pada harga lebih mampu milik — dan bukannya bersaing terus kepada Snapdragon 855+. Secara kasar, ia dilihat lebih bersaing dengan penawaran Snapdragon 730G daripada pihak Qualcomm.

Kita mungkin melihat penawaran Helio G90 dan Helio G90T pada telefon pintar yang hadir dalam beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN