Cari @ Amanz

Walaupun menghadapi perang perdagangan dengan pihak Amerika Syarikat, menariknya Huawei memperlihatkan peningkatan jualan dan pendapatan pada pertengahan pertama 2019 ini.

Liang Hua

Melalui apa yang dikongsikan pihak Huawei hari ini, mereka mengatakan pada pertengahan pertama 2019 ini sahaja, mereka telah mengeluarkan lebih 118 juta unit telefon pintar (termasuk Honor). Ini sekaligus memperlihatkan peningkatan 24% berbanding tahun 2018 yang lepas.

Bercakap lanjut mengenai arena telefon pintar dan peranti mudah-alih, Huawei turut mengatakan kini mereka mempunyai lebih 800,000 pembangun berdaftar dibawah mereka, selain 500 juta pengguna di seluruh dunia.

Hal ini sekaligus memperlihatkan yang mana Huawei tidak menghadapi masalah penerimaan dikalangan pengguna – walaupun menghadapi tekanan perang perdagangan sejak sebulan dua kebelakangan ini.

Di Malaysia sendiri, Huawei dilihat meneruskan pelbagai penawaran peranti seperti biasa, selain sering hadir dengan promosi menarik kepada pengguna.

Dengan perkembangan sihat ini, semestinya peranti-peranti keluaran mereka lain terus dinantikan pengguna, termasuk menantikan kejutan pihak Huawei melalui Huawei Mate 30 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd