Cari @ Amanz

Qualcomm, pengeluar cip pemprosesan popular pada peranti mudah-alih, hari ini telah mengumumkan kerjasama dengan pihak Tencent – salah satu syarikat gergasi dari China yang turut terkenal dengan penawaran permainan mudah-alih seperti PUBG dan sebagainya.

Melalui kerjasama ini, beberapa perkara akan disentuh, termasuk pembangunan kandungan permainan pada era 5G, pengoptimasian permainan berasaskan awan, pengoptimasian untuk kandungan realtii terimbuh dan beberapa yang lain.

Tencent Qualcomm

Kerjasama ini juga akan turut memperlihatkan sejumlah permainan daripada pihak Tencent untuk dioptimasikan pada peranti-peranti berasaskan cip Snapdragon melalui Snapdragon Elite Gaming.

Tencent sedia mempunyai beberapa permua popular, termasuk antaranya adalah Arena of Valor dan juga PUBG Mobile. Dengan penawaran dan pengoptimasian lebih baik, ia sekaligus akan membuatkan lebih ramai yang ingin memainkan permainan keluaran Tencent, selain mendapatkan peranti berasaskan cip Snapdragon pada masa akan datang.

Pada masa yang sama, kedua-dua pihak juga dijangka akan bekerjasama dalam pembangunan telefon pintar memfokuskan permua 5G, sekaligus membawa penstriman permainan terus ke peranti mudah-alih.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd