Cari @ Amanz

Samsung hari ini telah hadir dengan video acah baru yang memperlihatkan mereka bakal melancarkan dua peranti baru, iaitu Galaxy Tab dan juga Galaxy Watch. Melalui video berkenaan, Samsung memperlihatkan yang mana mereka akan melancarkan Galaxy Tab baru pada 31 Julai 2019 iaitu esok, dan juga Galaxy Watch baru pada 5 Ogos 2019.

Galaxy Tab baru atau Galaxy Tab S6 ini dilihat akan memfokuskan kepada tablet produktiviti, dimana hadir dengan penawaran spesifikasi tinggi, dan juga kebolehan input berasaskan S-Pen. Mengikut desas-desus sebelum ini, ia dikatakan akan dijana cip Snapdragon 855, dan mungkin menawarkan panel skrin 10.5-inci bersama dengannya.

Sementara untuk Galaxy Watch baru pula, ia dijangka akan dilancarkan bersama-sama Galaxy Note 10 yang dijadualkan pada minggu hadapan.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut mengenai penawaran aksesori dan peranti terbaru daripada Samsung ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd