Data Pelanggan Sephora Tertiris – Pengguna Digalakkan Mengubah Kata Laluan

Data Pelanggan Sephora Tertiris – Pengguna Digalakkan Mengubah Kata Laluan

Diterbitkan pada July 31, 2019 oleh .

Sephora merupakan salah satu laman edagang yang memfokuskan kepada penawaran bahan solekan dan jagaan diri. Ia beroperasi di seluruh dunia, termasuk di Malaysia — bukan sahaja secara atas-talian, tetapi juga melalui kedai fizikal.

Terkini, melalui laman rasmi Sephora, mereka memaklumkan yang mana mereka telah mengenal-pasti kebocoran data yang melibatkan pelanggan di beberapa negara, termasuk Malaysia.

Antara data yang tertiris adalah termasuk nama pengguna, tarikh lahir, alamat emel, jantina, kata laluan yang disulitkan, serta data berkaitan dengan minat seseorang pelanggan. Walaubagaimanapun, data kewangan seperti kad kredit dan sebagainya tidak diakses.

Sebagai langkah mengatasinya, pihak Sephora telah memaklumkan para pengguna, selain turut membatalkan kata laluan pengguna. Pengguna laman Sephora diminta mengubah kata laluan baru.

Pada masa yang sama, Sephora turut menekankan yang mana ketirisan ini tidak melibatkan pelanggan yang membuat pembelian di kedai fizikal mereka, dan terhad kepada pangkalan data pelanggan di Asia Tenggara, Hong Kong, Australia dan New Zealand yang membuat pembelian atas-talian.


TIPS & ULASAN