Saintis Hadir Dengan Kanta Lekap Yang Boleh Fokus Dan Zum

Saintis Hadir Dengan Kanta Lekap Yang Boleh Fokus Dan Zum

Diterbitkan pada July 31, 2019 oleh .

Sebelum ini, kita telah sedia melihat beberapa syarikat seperti Samsung dan Sony yang mempatenkan kanta lekap pintar, selain Google sendiri mempatenkan kanta lekap dengan kamera terbina.

Terkini, saintis daripada University of California San Diego telah hadir dengan prototaip kanta lekap yang boleh zum dengan hanya kelipkan mata dua kali. Kanta lekap sama juga turut boleh memudahkan pengguna memfokuskan sesuatu perkara dengan mudah melalui kawalan mata.

Kanta Lekap Zum

Untuk kawalan pula, kanta lekap ini dikawal menggunakan medan Electrooculographic yang dihasilkan mata pengguna apabila digerakkan.

Buat masa ini, untuk menggunakannya, ia masih memerlukan beberapa komponen tambahan yang perlu dipakai manusia – dan bukan kanta lekap semata-mata sahaja. Namun, dengan pelbagai kajian, kita mungkin melihat ia terus berevolusi pada tahun-tahun akan datang.

Untuk makluman, Google sendiri sebelum ini telah membangunkan kanta lekap untuk membantu pengguna memantau tahap glukosa, namun terpaksa menangguhkannya kerana data yang dihimpunkan melaluinya tidak konsisten buat masa ini.


TIPS & ULASAN