Jualan iPhone Merosot Pada Suku Ketiga Fiskal 2019 Tetapi Jualan Produk Lain Meningkat

Jualan iPhone Merosot Pada Suku Ketiga Fiskal 2019 Tetapi Jualan Produk Lain Meningkat

Diterbitkan pada July 31, 2019 oleh .

Jualan iPhone pada suku ketiga tahun fiksal 2019 merosot berbanding suku yang sama untuk tahun fiskal 2018. Di dalam laporan kewangan yang diterbitkan hari ini, iPhone mencatatkan jualan $25.99 bilion berbanding $29.47 bilion tahun lalu.

Jualan Mac meningkat ke $5.82 bilion dari $5.26 bilion. Jualan iPad meningkat ke $5.02 bilion dari $4.63 bilion. Peranti boleh pakai, aksesori dan produk rumah pula meningkat ke $5.53% bilion dari $3.73 bilion. Akhir sekali jualan perkhidmatan pula meningkat ke $11.46 bilion dari $10.170 bilion. Peningkatan jualan peranti boleh pakai seperti AirPods, Apple Watch dan perkhidmatan langganan dapat dilihat dengan jelas pada suku ini.

Satu statistik yang menarik ialah buat pertama kali sejak 2012, iPhone tidak lagi menyumbang kepada separuh pendapatan Apple (48.3%). Perkhidmatan kini adalah penyumbang jualan kedua terbesar dengan 21.3% diikuti oleh Mac (10.8%), peranti boleh pakai (10.3%) dan iPad (9.3%). Dengan pelancaran perkhidmatan Apple News+ dan kelak Apple Arcade serta Apple TV+, pendapatan syarikat ini mungkin akan dijana oleh perniagaan perkhidmatan. Pa


TIPS & ULASAN